20110303

kisah si comot dan si nerd


heyy.peeps.how are you doing?okay?alhamdulilah..i'm dying right now.i will be sitting for PKBS 1 next week.i'm so nervous and not ready for sure.but,i have too.ohhh..sorry for my silence.i miss my blog damn much.very2 much.and i know i can't live without you.haha.i'm serious.so,i wanna post about something.super something and random awesome.aha.about my.....k2.about a story which is,,i don't know what is the end.so,i will speak Malay as well because i have a lousy grammar.so,i don't want people judge my vocab and blaaa2.i'm not interested to hear that.k2.lets start now.

kisah 1
semasa menjejakkan kaki ke sekolah baru,aku tak kenal diriku yang sebenar.diriku yang senyap dan ibarat budak skema.aku sedari,itu bukan aku.aku terkenal dengan sikap kenakalanku yang tiada penghujungnya.kenapa ye?mungkin aku cuba menyesuaikan diri.bukan mudah bagiku menerima keadaan baru itu.aku lebih suka menyendiri dan aku tahu beberapa orang pelajar mungkin sudah cop aku sebagai' budak sombong'.aku tak kisah semua itu.yang aku tahu,aku mahu belajar dengan tenang disini.

   aku cuba bermanis muka dengan teman-temanku sebagai tanda perkenalan.uhh..tapi,aku masih blurr dengan keadaan diriku.tak tahu kenapa.apa yang merasukku?tiada jawapan bagi soalan itu.aku masih bingung.selama beberapa hari,aku memulaukan diriku daripada mereka.bukan apa,aku masih mahu sendiri.melayani diriku yang terbayangkan kenangan dulu.yang paling indah pernah ku alami.

   aku cuba lagi mencari kedamaian di asrama.namun,aku gagal menemuinya.aku pasrah..mungkin aku homesick.al maklumlah baru kali pertama aku mengenali kehidupan di asrama.hari-hari yang ku jalani ibarat nyawaku yang memerlukan bantuan pernafasan.lelah dengan karenah yang mengoyahkan kesabaranku.kehidupan di asrama jauh berbeza sekali pabila di rumah.baru ku tahu..sebenarnya,aku begitu berat untuk meninggalkan semua kenangan yang ku ciptakan.di saat itu,aku mengharapkan seseorang yang dapat menghembuskan dan membisikkan kata-kata semangat kepadaku agar aku dapat terus bertahan disini.

   selepas beberapa bulan,aku mula menerima keadaan baru itu dengan hati terbuka.mungkin semua rasa ketidakpuasan hatiku telah luntur.aku bersyukur kerana aku masih bisa bertahan di asrama dan sekolah baru.aku bersyukur kerana diberi kekuatan yang tidak ternilai itu.tanpa aku sedari,aku menemui semangat baru.semangat yang aku cari akhirnya aku temui dengan nikmat yang tak berkesudahan.sebelumnya,aku menidakkan semua kebaikan yang aku dapat.aku masih mengikut rentak hatiku yang meronta inginkan kebebasan.

   selama aku berada disini,ada sesuatu yang mencuit hatiku.aku tidak tahu sejak bila aku mula merasakan perasaan halus itu.cinta?aku tidak rasa begitu.mungkin suka.yaa.suka.aku ungkapkan sebagai suka. Buat pertama kali aku melangkah ke masjid,aku mula merasakan getaran di hati kecilku ini disaat mendengar si dia mengalunkan azan yang sangat indah itu.merdu suaranya.bisik hatiku..mulai saat itu,aku mula tertanya-tanya,siapakah empunya suara.cari punya cari,barulah aku kenali.orangnya sederhana tapi suaranya luar biasa.kesederhanaan yang ada padanya,aku suka.Teman-temanku mengatakan bahawa dia  seorang yang pendiam dan nerd.Dalam diam,aku akui itu.tapi,sudah ku katakan,aku jatuh hati dengan suaranya,bukan tuannya.aku faham minatku yang satu itu..aku lebih berminat memanggilnya ustaz.bagiku,itulah panggilan yang sesuai untuknya.

    Aku sudah beberapa kali bertentangan mata dengannya.aku suka keningnya.lain daripada yang lain.hehe.semakin lama aku  meminati suaranya, semakin ramai pula teman yang menyakatku.mungkin mereka masih buta dengan minatku.bukan dia yang ku minat tapi suaranya..sudah beberapa kali ku fahamkan teman-temanku tapi masih juga mahu menyakat..eish..aku semakin tidak mengerti..

bersambung....(maybe)

p/s:sorry weyh.saya bukan penulis novel.so,bahasa yang saya gunakan tu ala kadar jer.saya tak pandai nk mengarang power2.huhu.

with love,
amna

No comments :

Post a Comment