20110708

kawan :)

 


Walaupun anda mungkin berkawan dengan seorang kaki buli atau ketua samseng di tempat anda belajar, ini tidak bermakna anda rapat dengan mereka hingga anda juga jadi seperti mereka. Anda perlu berhati-hati siapa yang anda pilih sebagai kawan baik. Ini adalah kerana, kawan baik anda adalah cermin kepada keperibadian anda. Maksudnya, keperibadian anda akan dipengaruhi oleh keperibadian kawan-kawan baik anda ini.
Siapakah yang patut anda pilih untuk menjadi kawan baik anda? Satu tips daripada saya, jangan pilih berdasarkan harta atau populariti kawan anda itu. Pilih berdasarkan cita-cita mereka dan semangat mereka untuk berjaya.
Ada antara kawan-kawan anda yang sangat bersemangat untuk berjaya dan mempunyai cita-cita yang hebat. Mereka ini sentiasa berusaha untuk menuju ke arah matlamat mereka. JIka anda tidak dapat jadi kawan baik mereka pun, sekurang-kurang anda perlu cuba rapat dengan mereka agar anda dapat terikut-ikut dengan semangat untuk berjaya itu.
 credit to :Osman Affan

No comments :

Post a Comment